ragu bagi sesiapa yang tidak merasa kenikmatan solat subuh..sesungguhnya aku seorang insan manusia yang selalu alpa dan leka dengan hasutan syaitan..namun..memang azam..dan kekuatan keinginan aku..aku taknak meninggalkan subuh yang begitu nikmat itu...dan aku berharap aku terus bersamanya dan bertemu pada subuh yang mendatang..amin...
aku sungguh merasakan dunia aku..hidup aku terlalu kecil berbanding mereka yang berilmu...sungguh aku merasakan betapa kerdilnya aku..ya Rabb..aku insan yang ingin belajar tentang ilmumu di dunia ini..aku mengharapkan keberkatan dariMu ya Rabb..
hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”
RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.”
thank you Allah..atas segala nikmat kau kurniakan...:)
No comments:
Post a Comment